Monday, March 31, 2008

Politik Sebagai Medan Dakwah

Merujuk kepada berita yang bertajuk “Bekas calon Parlimen Kepala Batas beri bantuan pada kaum India” dalam harakahdaily bertarikh 31 Mac 2008 menarik minatku untuk berbicara tentang dakwah Islam di Malaysia.

Jika sebelum ini, aku pernah berbicara tentang kepentingan politik kepartian di Malaysia dalam menyampaikan Islam, dan kini, ulasanku itu telah tepat dengan sasarannya.
Berdakwah dalam menyeru manusia kepada Islam merupakan pekerjaan yang bukanlah boleh dianggap senang. Dalam berdakwah, memerlukan kepada keperluan yang perlu ditunaikan, iaitu memerlukan kepada Maudu’ Ad-dakwah iaitu ajaran islam, Sasaran Dakwah, Uslub Dakwah atau cara-cara berdakwah dan orang yang berdakwah atau disebut sebagai Dai’.

Menyeru orang kepada Islam memanglah dilihat sebagai senang, tetapi realitinya agak susah. Ianya memerlukan kepandaian dalam mendampingkan diri Dai’ dengan sasaran dakwah yang memerlukan uslub-uslub dakwah yang berkesan.


Seseorang dai’ yang hanya mempunyai uslub dakwah yang keras, kadangkala menyebabkan golongan sasaran dakwah melihat ianya sebagai punca yang menyebabkan mereka tidak mahu berdamping dengan dai’ tersebut.


Keadaan semakin keruh, apabila golongan yang mendakwa Islam sendiri mencanang dengan menggambarkan pendakwah islam ini sebagai ganas dan kasar.


Pun begitu, walaupun tekanan dari musuh Islam dari kalangan orang islam ini sentiasa mencanang tentang keburukan pendakwah islam dan Islam itu sendiri, kebesaran dan kekuasaan itu milik Allah, menyebabkan Allah pasti akan memberikan masa kepada pendakwah-pendakwah ini ruang dalam menyampaikan dakwah.


KUASA POLITIK UNTUK DAKWAH


Politik sering dilihat sebagai bahan yang membicarakan tentang pemerintahan, samada dari sudut ketelusan sesuatu pemerintahan atau kezaliman dan kebocorannya.

Pun begitu, Islam melihat politik sebagai ruang dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah Allah beratkan kepada manusia.


Dengan politik, Islam akan menjadi agama yang dilihat hebat. Sebaliknya, dengan tanpa politik, Islam yang sememangnya hebat tidak akan dilihat sebagai hebat.


Keadaan ini dapat dibuktikan dengan keadaan umat Islam di seluruh dunia kini. Dunia arab yang amat sinonim dengan Islam telah dilihat sebagai dunia mundur disebabkan arab tidak menjadikan politik mereka berasaskan kepada Islam.


Di zaman Omar bin Al-Khattab, pemerintahan beliau telah membuktikan Islam bukan sekadar diterima oleh mereka yang berbangsa arab sahaja, bahkan pada zaman Omar islam sudah sampai ke bumi yang tidak arab.


Melihat kepada kemampuan dakwah ini, ianya adalah berpaksikan kepada kemampuan Omar dalam menjalankan kuasa politik Islam yang Allah berikan kepada beliau. Ekoran dari itulah, menyebabkan beliau ada berkata dalam satu ceramah, iaitu;

إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العزة بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله

Maksudnya;
“Sesungguhnya kita adalah kaum yang hina, lalu Allah muliakan kita dengan sebab Islam. selagi kita mencari kemuliaan dengan selain cara yang Allah muliakan kita, sudah pasti Allah akan hinakan kita” (Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 19)

Dengan ini membuktikan, golongan salaf terdahulu menjadi generasi yang hebat disebabkan mereka memegang tampuk kekuasaan berpolitik dalam pemerintahan mereka.


DAKWAH ISLAM DI MALAYSIA


Malaysia dipenuhi dengan manusia yang kepelbagaian bangsa. Melayu, CIna dan India merupakan bangsa utama di Malaysia. Pun begitu, Islam itu amat sinonim kepada bangsa melayu berbanding dengan bangsa cina dan india.


Dalam keadaan sekarang, melayu yang disinonimkan dengan Islam itu agak kurang diterima ramai, ianya bersebab, Islam di Malaysia bukan sekadar menjadi anutan bangsa melayu sahaja, bahkan sudah menjadi agama anutan kepada bangsa Cina dan India. Ekoran dari itulah, di Malaysia terdapat India Muslim yang lebih dikenali sebagai Mamak dan Cina muslim atau lebih dikenali sebagai muallaf.


Hakikatnya, Mamak dan Muallaf ini tidaklah menandakan bangsa india dan Cina adalah bangsa yang baru dengan Islam, bahkan boleh dikatakan merekalah bangsa yang lebih dahulu memeluk Islam berbanding bangsa melayu di Malaysia dan Nusantara.


Secara realitinya pula, di Malaysia, India dan Cina bukanlah golongan yang beragama Islam pada asalnya, berbanding melayu yang merupakan bangsa yang amat sinonim dengan Islam.
Sebelum ini, cina dan india amat susah hendak menerima Islam. Puncanya adalah mereka sering dimomokkan atau digambarkan bahawa Islam sebagai agama ganas. Disamping kelemahan dan kelembapan dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada mereka.

Keadaan sekarang agak berlainan, yang mana, Islam sudah menjadi pilihan hati bagi mereka yang berbangsa Cina dan India di malaysia, walaupun mereka tidak menjadikan islam sebagai agama pegangan hidup.

Perubahan ini berlaku adalah, senario politik di Malaysia yang didokong oleh Parti islam telah membuktikan keberkesanannya. Pemerintahan islam berwadahkan PAS di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 dan Kelantan dari tahun 1990 hingga kini telah menyebabkan bangsa Cina dan India sudah yakin dengan kemampuan islam dalam pemerintahan.


DAKWAH PERLU DITERUSKAN


Pembuktikan dalam pemerintahan PAS di kelantan dan terengganu dahulu telah menyebabkan golongan non muslim sudah mula menerima Islam sebagai pemerintahan.


Ditambah pula, keadaan politik semakin berubah, terutama dalam isu penyelewengan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Yang dengan ini menyebabkan, golongan non muslim sudah mula mencari parti-parti lain dalam memberi keamanan, keselamatan dan pembelaan kepada mereka. Maka dengan itu, mula mereka mencari barisan Alternatif sebagai pilihan.


Pilihanraya ke 12 telah membuktikan keberkesanannya. Dengan kejayaan menubuhkan kerajaan campuran antara PAS, PKR dan DAP, sedikit sebanyak telah memberikan kuasa besar dalam menyampaikan dakwah kepada non muslim.


Ini lebih membuktikan kejayaannya, apabila Ustaz Subri Arshad yang merupakan calon yang secara jantan bertembung dengan Perdana Menteri malaysia, sudah beberapa kali menyampaikan ceramah dalam kuil hindu di sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang.


Jika difikirkan, mengapa semua ini boleh terjadi, jawapannya yang boleh diberi adalah, dengan kuasa politiklah menyebabkan semua ini boleh terjadi.


Tanpa kuasa politik, masakan kuil, masjid dan surau pun tidak boleh disampaikan Islam secara syumul. Keadaan ini amat jelas berlaku di Selangor di zaman pemerintahan Barisan Nasional/UMNO Laknatullah Alaih.


PENUTUP


Setelah kemenangan BA di Selangor, aku sendiri pernah menyampaikan ceramah Maulid Ar-Rasul disebuah surau di Parlimen Subang.

Dalam menyampaikan ceramah tersebut, terdapat sebilangan hadhirin dan hadhirat itu terdiri dari pendokong parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berbangsa India dan tidak beragama Islam.


Setelah menyampaikan ceramah yang memakan masa hampir 45 minit , aku agak terkejut bercampur bangga, apabila seorang pendengar berbangsa India, beragama hindu sendiri memberitahu kepadaku, bahawa beliau belum pernah mendengar kisah Nabi Muhammad SAW yang sering dipuji oleh orang islam melainkan inilah pertama kali beliau mendengarnya.


Beliau menyatakan kekaguman perjuangan Nabi SAW dalam memberikan hak kepada rakyat yang tidak mengandungi unsur tindas menindas dalam pemerintahan Baginda di Madinah.


Melihat keadaan itu, aku mula berfikir sendirian. Aku sudah menyampaikan ceramah semenjak aku pulang dari luar negara lagi dan dibanyak buah surau dan masjid sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah. Boleh dikatakan setiap malam aku keluar dalam menerima jemputan ceramah.


Kadangkala, ada separuh surau dan masjid yang aku hadiri, terdapat pendengar-pendengarnya yang berbangsa melayu, beragama Islam dan bermazhab UMNO yang mereka tetap kagum dengan kepimpinan yang tidak berasaskan kepada Islam, walaupun mereka sering mendengar kuliah dan ceramah agama.


Apabila melihat kepada seorang berbangsa India, beragama hindu menyatakan demikian, aku mula merasakan, dakwah kepada non muslim ini lebih berharga berbanding menyeru bangsa melayu yang agak ”bangang” dalam menerima hidayah.


Setelah dihayati, membenarkan firman Allah yang berbunyi;

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ

Maksudnya;

”Sekiranya kamu berpaling, nescaya Allah akan gantikan kaum yang lain dari kamu”


(Surah Muhammad : 38)


Juga firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

Maksudnya;
” Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya”

(Surah Al-Maidah : 54)


Mudah-mudahan dengan kemenangan BA di Malaysia pada pilihanraya kali ini membuka ruang dakwah yang luas dan menjadi satu sejarah di dunia bahawa Islam di malaysia sudah semakin merebak.


Sekian


Wallahu ’Alam


Al-Bakistani

Buaya julung-julung sesat di muara


BUAYA julung-julung yang berjaya dirakamkan oleh seorang pekerja binaan di tebing Sungai Terengganu di Pulau Duyong semalam.


KUALA TERENGGANU - Kemunculan tiga ekor buaya dikenal pasti sebagai spesies julung-julung di muara Sungai Terengganu baru-baru ini menimbulkan tanda tanya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) negeri itu.

Ini kerana menurut Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin, spesies tersebut tidak pernah muncul di negeri ini ditambah pula keadaan persekitaran air tawar memang tidak sesuai untuk reptilia berkenaan.

"Sebelum ini kami hanya menerima laporan tentang kehadiran buaya tembaga sahaja kerana keadaan sungai memang sesuai dengan buaya jenis itu.

"Tapi kali ini hairan juga kerana buaya julung-julung tidak tinggal di kawasan yang berair masin," katanya ketika mengulas penemuan haiwan tersebut yang mula kelihatan di persekitaran Pulau Duyong Khamis lalu.

Semalam, tiga pegawai Perhilitan melawat kawasan penemuan haiwan tersebut dan melihat gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang pekerja binaan yang ternampak buaya berkenaan.

Rozidan tidak menafikan kemungkinan buaya itu tersesat.

"Berdasarkan pengamatan, saya rasa buaya ini hanya menumpang, bukan membiak di sini dan ia akan kembali ke tempat asalnya,'' kata beliau.

Ditanya sama ada ia spesies berbahaya, beliau menjelaskan, ia bukan pemangsa manu- sia.

Beliau menambah, kawasan muara itu yang bising dengan projek pembinaan selain ketia- daan pokok nipah menjadikannya bukan tempat kesukaan untuk habitat buaya.

"Buaya suka tempat yang tenang dan banyak pokok nipah untuk membiak," ujarnya.

Bagaimanapun, sekiranya haiwan tersebut muncul kembali, Rozidan meminta orang ramai menghubungi Perhilitan dan tidak menganiaya haiwan itu.

Idea Tok Ku: Mungkinkah ada sesutu yang ingin Allah tunjukkan pada kita di sebalik kejadian ini? Oh Pulau Duyong...

Idris Langgar Wasiat Tok Sheikh Duyong ?

Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Tuesday, 01 April 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita1/duyong.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu, 31 Mac - Pada 29 November lalu, beberapa hari beberapa hari sebelum pesta Monsoon Cup 2007 bermula, Buletin Online telah di panggil oleh Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong(Pekeduy) untuk mendengar rintihan dan keluhan mereka.
(Foto: Pejabat Pekeduy)

Pertemuan telah diaturkan dan bersama-sama dengan wartawan Siasah/Harakah, Buletin Online telah bertemu dengan penduduk jati Pulau Duyong dan duduk bersama mereka selama lebih 3 jam, dirumah Setiausaha Pekeduy yang juga seorang guru.

Pelbagai kesah yang diceritakan oleh mereka tentang kezaliman kerajaan Idris Jusoh, UMNO/BN yang menjadikan Pulau tempat tumpah tanah darah mereka sebagai tempat untuk mengaut ‘wang ehsan/Dana Khas/royalty’.

Dalam banyak-banyak kesah, yang paling terkesan adalah, sejarah Pulau Duyong dan Tok Sheikh Duyong.

Dimaklumkan kepada Buletin Online bahawa terdapat suatu wasiat dari Tuanku Sultan Terengganu yang telah menganugerahkan tanah Pulau Duyong kepada Tok Sheikh Duyong untuk dijadikan tempat pendidikan dan ibadat Islam.

Dalam wasiat tersebut antaranya, ‘mengharamkan maksiat dan mengharamkan walaupun setitik arak’ tumpah diatas tanah Pulau Duyong.

Mungkin ia adalah satu cerita biasa sahaja. Buletin Online mendedahkan berita realiti bahawa pembangunan ‘Projek Besar’ Pulau Duyong dan Penganjuran Monsoon Cup tidak mendapat restu dari penduduk Pulau Duyong.

Dalam lain perkataan, pembangunan yang hebat bertaraf dunia, tidak mendapat keizinan oleh anak cucu Tok Sheikh Duyong dan semua orang tahu, dengan adanya acara Monsoon Cup yang melibatkan peserta antarabangsa, sudah tentu tidak dapat dielakkan maksiat dan arak tumpah dengan banyaknya ke bumi Pulau Duyong!

Bila memikir kembali, dikaitkan dengan apa yang berlaku kepada Idris Jusoh, mungkin Idris telah melanggar wasiat tersebut, dan dia menerima akibat kesusahan selama 36 hari. Akhirnya, walaupun melakukan pelbagai usaha, Idris terpaksa menerima kenyataan Tuanku Sultan murka dan tidak perkenan.

Berikut disiarkan kembali berita yang diterbitkan pada November lalu untuk ditujukan pula kepada Dato’ Mad Said. Semoga dengan jaminan yang dia akan mengkaji semula projek Pembangunan Pulau Duyong dan Monsoon Cup, dia akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jika tidak, mungkin nasibnya akan menjadi seperti Idris Jusoh pada 2012 atau 2013.

Selamatkan Pulau Duyong


Kuala Terengganu, 29 Nov
– Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong (PEKEDUY) menyeru kepada semua pihak didalam dan diluar negeri Terengganu, memberikan sokongan dan dokongan kepada Pekeduy untuk menyelamatkan penduduk dan alam sekitar Pulau Duyong dari kesan pembangunan melampau yang sedang melanda Pulau Duyong.

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pekeduy ketika ditemui oleh Buletinonline hari ini benar-benar memohon jasa baik masyarakat umum untuk bersama-sama mereka, memperjuangkan nasib rakyat Pulau Duyong yang semakin terhimpit akibat ‘pembangunan haram’ yang sedang rancak berlaku sekarang.

“Kami terhimpit disemua sudut kehidupan. Tanah air kami, mata pencarian kami dan generasi kami sedang bergelut” ujar Pengerusi Pekeduy, En. Mozafiq.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/duyong2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.“Tanah-tanah kami yang kami miliki secara sah dan juga rentahan datuk nenek moyang kami, bepuluh-puluh tahun lamanya sedang dirampas oleh korporat. Bot-bot nelayan kami dihalang laluannya untuk keluar mencari rezeki. Tempat kami mengail sejak kami kanak-kanak kini menjadi kawasan larangan” tambah Timbalan Pengerusi En. Azman Mohamad.

Keluhan mereka telah berkali-kali mereka suarakan kepada pihak media, namun hanya sekali dua media arus perdana menyiarkannya. Mereka telah menghantar surat kepada pihak-pihak yang berkenaan, berbincang dan berdailog dengan wakil rakyat dan kerajaan negeri, namun akhirnya mereka telah dilabelkan sebagai penghalang pembangunan dan menjadi pembangkang.(Foto: En. Azman)

“Kami tidak menghalang pembangunan, buatlah seratus tingkat bangunan sekalipun di atas Pulau Duyong, tetapi berilah jaminan kepada kami dan generasi akan datang bahawa pembangunan ini mengambil kira masa depan kehidupan penduduk Pulau Duyong” ujar Encik Azman lagi.

"Kami juga adalah terdiri dari ahli-ahli dan penyokong UMNO sejati, No. keahlian UMNO saya adalah 280 dan saya adalah bekas Timbalan Ketua Cawangan UMNO yang disingkirkan semata-mata kerana mahu membela nasib penduduk" tambah beliau

Namun, telah tiga tahun berlalu dan dua kali Monsun cup persoalan mereka belum terjawab. Sejak dari ura-ura pembangunan mahu dilaksanakan, sehinggalah terbina Kelab Teluk Warisan, Chalet dan ‘apartment’, pihak kerajaan masih tidak memberikan apa-apa jawapan, berhubunga apakah nasib dan masa depan mereka nanti.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/duyong3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.“Samada dari Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Exco, wakil rakyat dan yang lain-lain, semua kami dah jumpa, tetapi semuanya tidak dapat menjawab persoalan tentang nasib dan masa depan penduduk Pulau Duyong” jelas Encik Mozafiq.

“Kemanakah orang kampung akan pergi, adalah penempatan akan disusun semula atau penduduk Pulau akan dihambat keluar, tidak ada kepastian. Kami hanya diberitahu, bahawa penduduk kampung tidak akan dimaklumkan tentang projek-projek pembangunan kerana bangkangan penduduk kampong” celah En. Saado, Ahli Jawatankuasa Pekeduy.

Buletinonline juga merasa amat terkejut kerana diberitahu bahawa semua projek-projek baru yang sedang berlangsung tidak ada apa-apa papan kenyataan dan makluman. Pemaju membuat projek sesuka hati, dimana sahaja yang mereka berasa suka untuk bangunkan
(Foto: En Saado)

Pembangunan sebanyak 120 'apartment' yang telah siap, tidak terdapat nombor kelulusan pelan projek berpandukan apa yang tercatat didalm papan tanda projek rumah tersebut, menunjukkan kerja-kerja pembangunan adalah kerja-kerja 'haram'

Monsoon Cup Tidak Memberi Manfaat, Malah Menyusahkan

Pulau Duyong, 30 Nov
- Pengerusi PERKEDUY, Encik Muzafiq mendedahkan, pelbagai pembangunan yang dilakukan di Pulau Duyong tidak mendapat persetujuan penduduk dan tuan tanah yang terlibat bahkan pembangunan dibuat diibaratkan ‘merampas tanah’ rakyat, mengikut ‘sesuka hati’ mereka.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/duyong4.gif” cannot be displayed, because it contains errors. “Sudah empat projek besar yang dilaksanakan, yang pertama Chalet dan Kelab Teluk Warisan, yang kedua rumah ‘apartment’,
”yang ketiga jalan baru dan keempat kompleks perniagaan. Semuanya penduduk kampung tak tahu” tegas Encik Muzafiq.

“Mereka langgar masuk dan buat dulu projek, sehingga kini kami di kelilingi oleh ‘tembok pembangunan’ yang melingkungi kampung ini,
”pergerakan kami kini menjadi terhad, macam penduduk Palestin” sambung Encik Muzafiq.

Encik Muzafiq menjelaskan lagi, projek pembangunan kompleks perniagaan di sebelah kanan
(Foto: En. Mozafiq)
kampung dan pembinaan jalan disebelah kiri pulau telah meyebabkan kesusahan kepada para nelayan untuk ‘menambat’ bot mereka. Laluan bot-bot ke laut juga menjadi sempit dan cetek.

“’Monsoon Cup’ pun tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk Pulau, malah menyusahkan penduduk. Orang luar menganggap penduduk Pulau telah senang tetapi sebaliknya” tambah Encik Muzafiq.

Semua ‘sub-contract’ dan pekerja bagi projek-projek yang telah dan sedang berjalan di Pulau Duyong adalah orang luar. Peniaga yang menjalankan perniagaan digerai-gerai ‘Monsoon Cup’ juga adalah dari luar.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/duyong6.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Penduduk Pulau tidak mampu membayar sewa gerai RM 600 selama lima hari. Kedai-kedai kecil atau warung yang dibuat diatas tanah kerajaan oleh penduduk Pulau diberikan notis supaya dirombak.

Peluang pekerjaan dari pembangunan Pulau Duyong juga diberikan kepada orang luar.

“Hanya seorang sahaja penduduk Pulau yang bekerja di Kelab Teluk Warisan, dan 3 orang yang bekerja menjadi ‘jaga’.” menurut Encik Muzafiq lagi

Penduduk Pulau Duyong kini didalam dilemma. Mereka tidak tahu apakah nasib dan masa depan mereka.

Semua tanah-tanah walaupun milik sendiri kini telah dibekukan dari apa-apa urusan samada untuk menukar syarat atau memindah milik.

Ini membimbangkan mereka dan menjadi igauan ngeri didalam pemikiran mereka. Mungkinkah pembekuan urusan tanah adalah satu isyarat bahawa mereka akan ‘dihambat’ keluar dari Pulau Duyong !

Sunday, March 30, 2008

Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku mahu semula kuasa urusan agama

Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku mahu semula kuasa urusan agama
Posted on Sunday, March 30 @ 20:07:54 MYT by greenboc
Maklumat Oleh ipacat

"a
Pembolotan projek-projek di Terengganu oleh kroni-kroni Perdana Menteri bukanlah satu rahsia lagi. Projek Monsoon Cup di Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sememangnya diketahui dikawal selia oleh Patrick Lim. Beliau begitu bebas bermaharajalela di Terengganu kerana mendapat ‘endorsement’ dari Pak Lah, Khairy dan Idris Jusoh.

Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.
Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.

Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.


“Antaranya adalah penglibatan
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.

“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite.


Menurut maklumat yang saya terima dari “tok faqir” yang rapat dengan sumber istana, benarlah bahawa Patrick Lim yang membolot projek-projek Taman Tamadun Islam (termasuk Masjid Kristal) di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyung, telah menyerahkan pengurusan kedua-dua pulau itu kepada PERMINT.


Persoalannya, bagaimanakan sebenarnya duit yang begitu besar itu diurus dan dibelanjakan? Adakah yang masuk ke dalam poket lebih banyak dari kos perbelanjaan sebenar?


Adapun Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun lagi! Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan Idris Jusoh. Oleh itu, Monsoon Cup ini tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda perompakan duit rakyat.


Bayangkan, RM 300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup oleh Patrick Badawi selama 8 tahun! Banyaknya duit yang ‘dibahamnya’. Malang sungguh nasib rakyat Terengganu, dirompak harta mereka, digula-gulakan dengan slogan tinggi melangit… namun yang pasti Terengganu terus kekal menjadi negeri kedua miskin di Malaysia selepas Sabah, dan bermakna paling miskin di Semenanjung Malaysia walaupun kaya dengan hasil petroleum!


Namun berita yang agak menggembirakan diberitahu “tok faqir” ialah Tuanku Sultan sekarang ini ‘mendesak’ agar segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di Terengganu, hendaklah dikembalikan sepenuhnya di bawah baginda. Sejak ia diambil alih kuasanya di zaman Tun Mahathir dulu, rakyat dapat melihat bagaimana hal-ehwal agama khususnya di Terengganu semakin huru hara. Tangan-tangan politik Umno/BN bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan berkaitan agama.


Sebagai contoh, JKKK berkuasa menentukan imam, bilal untuk surau dan masjid. JKKK ‘berkuasa’ memecat mereka, menghalang kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya. Mereka rela masjid dimakmur kerbau lembu daripada dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu.


AJK masjid diatur rapi agar puak-puak umno yang dilantik. Walaupun datang masjid hari jumaat sahaja, ia dilantik juga sebagai AJK. Kadang-kadang jadi imam pun, bacaan, makrai, tajwidnya diragui. Malah terbayang-bayang pada belakang tuan imam tu lambang dacing pada t-shirt yang dipakai di sebalik jubah yang dipakainya tu.


Nyata sekali, politik hasad dengki, busuk hati, nafsu mazmumah, dendam kesumat merajai keputusan-keputusan dalam perkara kemaslahatan agama. Akhirnya, berlaku pelbagai kepincangan dalam struktur pembangunan agama dan masyarakat.


Kami berharap dan berdoa, Tuanku Sultan akan terus bertegas dalam soal ini. Sebagaimana kami berdiri dibelakang Tuanku dalam krisis perlantikan MB Terengganu, begitu jugalah dalam soal ini. Jika urusan agama terus berada di tangan manusia yang bertuhankan nafsu dan bersifat munafik, nescaya rakyat dan negeri akan terus dilorongkan ke jurang kebinasaan.

Kami tidak sanggup lagi melihat muka-muka penderhaka itu menjadi penentu dalam soal-soal keagamaan di negeri kami. Hati busuk dan perut kotor mereka itu tidak akan menghasilkan kebaikan dalam segala tindakan yang dibuat. Walau zahir mungkin nampak cantik, tapi di sebaliknya penuh dengan yang buruk dan hodoh. Tengoklah masjid Kristal tu!


Wahai rakyat Terengganu, perjuangan kita masih belum selesai!


Daulat Tuanku!
"

Saturday, March 29, 2008

Pembangunan Membazir - Syak Wasangka Rakyat Terengganu Ada Asasnya

Oleh az78nfs (TKO)

Syak wasangka rakyat Terengganu yang memandang serong keatas pembangunan ‘Monsoon Cup’, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, kini cukup berasas.

Demikian dinyatakan Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu apabila diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang menuduh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempengaruhi bekas Menteri Besar, Idris Jusoh melakukan kesalahan dalam membelanjakan Wang Ehsan secara berlebih-lebihan

Beliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Idris dan Perdana Menteri itulah yang menyebabkan Sultan Mizan Zainal Abidin enggan memberi perkenan pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata Rosol hanya mengikut arahan daripada presiden (Abdullah), sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu lalu.

Sehubungan dengan itu, Rabu lalu, PAS Terengganu melalui kenyataan Pesuruhjayanya, menyeru rakyat menyokong keputusan istana kerana pihak istana maklum dan memahami kesalahan yang berlaku dalam kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

”Kita(PAS) Terengganu memang mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man,

”Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan,

a“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,”kata Dato’ Abu Bakar Chik

Beliau yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri(IKPNT) berkata sehingga kini rakyat Terengganu tidak berpuas hati dan mengatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man adalah membazir dan tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan memberikan projek-projek kepada kroni Perdana Menteri, Patrick Lim tidak menjadi rahsia lagi.

“Majalah Antarabangsa Asian Pacific Boating keluaran January-February 2008 telah melaporkan bahawa Patrick Lim mengawal RM 300 juta peruntukan bajet tahunan untuk menganjurkan dan mempromosikan Monsoon Cup,
”Kita sedang mengumpulkan semua maklumat secara terperinci berkenaan salahlaku dan penyelewengan kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh” kata Dato’ Abu Bakar.

Dr. Mahathir sebelum ini pernah menyatakan Terengganu diperintah oleh menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Patrick yang dinamakannya sebagai Patrick Badawi.
Perkara itu pernah diulas oleh Raja Petra didalam Kolumnya ‘The Corridor of Power’ dan diulang tulis dibawah tajuk ‘Monsoon(Cup) Winds of Change’ berikutan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu baru-baru ini.