| Ditulis oleh Wartawan Buletin Online | |
| Tuesday, 01 April 2008 | |
| (Foto: Pejabat Pekeduy) Pertemuan telah diaturkan dan bersama-sama dengan wartawan Siasah/Harakah, Buletin Online telah bertemu dengan penduduk jati Pulau Duyong dan duduk bersama mereka selama lebih 3 jam, dirumah Setiausaha Pekeduy yang juga seorang guru. Pelbagai kesah yang diceritakan oleh mereka tentang kezaliman kerajaan Idris Jusoh, UMNO/BN yang menjadikan Pulau tempat tumpah tanah darah mereka sebagai tempat untuk mengaut ‘wang ehsan/Dana Khas/royalty’. Dalam banyak-banyak kesah, yang paling terkesan adalah, sejarah Pulau Duyong dan Tok Sheikh Duyong. Dalam lain perkataan, pembangunan yang hebat bertaraf dunia, tidak mendapat keizinan oleh anak cucu Tok Sheikh Duyong dan semua orang tahu, dengan adanya acara Monsoon Cup yang melibatkan peserta antarabangsa, sudah tentu tidak dapat dielakkan maksiat dan arak tumpah dengan banyaknya ke bumi Pulau Duyong! Berikut disiarkan kembali berita yang diterbitkan pada November lalu untuk ditujukan pula kepada Dato’ Mad Said. Semoga dengan jaminan yang dia akan mengkaji semula projek Pembangunan Pulau Duyong dan Monsoon Cup, dia akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika tidak, mungkin nasibnya akan menjadi seperti Idris Jusoh pada 2012 atau 2013. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pekeduy ketika ditemui oleh Buletinonline hari ini benar-benar memohon jasa baik masyarakat umum untuk bersama-sama mereka, memperjuangkan nasib rakyat Pulau Duyong yang semakin terhimpit akibat ‘pembangunan haram’ yang sedang rancak berlaku sekarang. “Kami terhimpit disemua sudut kehidupan. Tanah air kami, mata pencarian kami dan generasi kami sedang bergelut” ujar Pengerusi Pekeduy, En. Mozafiq.
“Kami tidak menghalang pembangunan, buatlah seratus tingkat bangunan sekalipun di atas Pulau Duyong, tetapi berilah jaminan kepada kami dan generasi akan datang bahawa pembangunan ini mengambil kira masa depan kehidupan penduduk Pulau Duyong” ujar Encik Azman lagi. "Kami juga adalah terdiri dari ahli-ahli dan penyokong UMNO sejati, No. keahlian UMNO saya adalah 280 dan saya adalah bekas Timbalan Ketua Cawangan UMNO yang disingkirkan semata-mata kerana mahu membela nasib penduduk" tambah beliau Namun, telah tiga tahun berlalu dan dua kali Monsun cup persoalan mereka belum terjawab. Sejak dari ura-ura pembangunan mahu dilaksanakan, sehinggalah terbina Kelab Teluk Warisan, Chalet dan ‘apartment’, pihak kerajaan masih tidak memberikan apa-apa jawapan, berhubunga apakah nasib dan masa depan mereka nanti.
“Kemanakah orang kampung akan pergi, adalah penempatan akan disusun semula atau penduduk Pulau akan dihambat keluar, tidak ada kepastian. Kami hanya diberitahu, bahawa penduduk kampung tidak akan dimaklumkan tentang projek-projek pembangunan kerana bangkangan penduduk kampong” celah En. Saado, Ahli Jawatankuasa Pekeduy. Buletinonline juga merasa amat terkejut kerana diberitahu bahawa semua projek-projek baru yang sedang berlangsung tidak ada apa-apa papan kenyataan dan makluman. Pemaju membuat projek sesuka hati, dimana sahaja yang mereka berasa suka untuk bangunkan Pembangunan sebanyak 120 'apartment' yang telah siap, tidak terdapat nombor kelulusan pelan projek berpandukan apa yang tercatat didalm papan tanda projek rumah tersebut, menunjukkan kerja-kerja pembangunan adalah kerja-kerja 'haram' “Mereka langgar masuk dan buat dulu projek, sehingga kini kami di kelilingi oleh ‘tembok pembangunan’ yang melingkungi kampung ini, Encik Muzafiq menjelaskan lagi, projek pembangunan kompleks perniagaan di sebelah kanan “’Monsoon Cup’ pun tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk Pulau, malah menyusahkan penduduk. Orang luar menganggap penduduk Pulau telah senang tetapi sebaliknya” tambah Encik Muzafiq. Semua ‘sub-contract’ dan pekerja bagi projek-projek yang telah dan sedang berjalan di Pulau Duyong adalah orang luar. Peniaga yang menjalankan perniagaan digerai-gerai ‘Monsoon Cup’ juga adalah dari luar. “Hanya seorang sahaja penduduk Pulau yang bekerja di Kelab Teluk Warisan, dan 3 orang yang bekerja menjadi ‘jaga’.” menurut Encik Muzafiq lagi |
Monday, March 31, 2008
Idris Langgar Wasiat Tok Sheikh Duyong ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment