Monday, March 31, 2008

Buaya julung-julung sesat di muara


BUAYA julung-julung yang berjaya dirakamkan oleh seorang pekerja binaan di tebing Sungai Terengganu di Pulau Duyong semalam.


KUALA TERENGGANU - Kemunculan tiga ekor buaya dikenal pasti sebagai spesies julung-julung di muara Sungai Terengganu baru-baru ini menimbulkan tanda tanya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) negeri itu.

Ini kerana menurut Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin, spesies tersebut tidak pernah muncul di negeri ini ditambah pula keadaan persekitaran air tawar memang tidak sesuai untuk reptilia berkenaan.

"Sebelum ini kami hanya menerima laporan tentang kehadiran buaya tembaga sahaja kerana keadaan sungai memang sesuai dengan buaya jenis itu.

"Tapi kali ini hairan juga kerana buaya julung-julung tidak tinggal di kawasan yang berair masin," katanya ketika mengulas penemuan haiwan tersebut yang mula kelihatan di persekitaran Pulau Duyong Khamis lalu.

Semalam, tiga pegawai Perhilitan melawat kawasan penemuan haiwan tersebut dan melihat gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang pekerja binaan yang ternampak buaya berkenaan.

Rozidan tidak menafikan kemungkinan buaya itu tersesat.

"Berdasarkan pengamatan, saya rasa buaya ini hanya menumpang, bukan membiak di sini dan ia akan kembali ke tempat asalnya,'' kata beliau.

Ditanya sama ada ia spesies berbahaya, beliau menjelaskan, ia bukan pemangsa manu- sia.

Beliau menambah, kawasan muara itu yang bising dengan projek pembinaan selain ketia- daan pokok nipah menjadikannya bukan tempat kesukaan untuk habitat buaya.

"Buaya suka tempat yang tenang dan banyak pokok nipah untuk membiak," ujarnya.

Bagaimanapun, sekiranya haiwan tersebut muncul kembali, Rozidan meminta orang ramai menghubungi Perhilitan dan tidak menganiaya haiwan itu.

Idea Tok Ku: Mungkinkah ada sesutu yang ingin Allah tunjukkan pada kita di sebalik kejadian ini? Oh Pulau Duyong...

No comments: