Ketua Kampung di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar
TRONOH 8 April – Semua Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang dikuasai parti pembangkang akan diletakkan di bawah satu jawatankuasa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, jawatankuasa baru itu diwujudkan atas permintaan Ketua Kampung sendiri yang mahu terus berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun pentadbiran negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.
Beliau berkata, jawatankuasa itu sudah dibentuk tetapi namanya belum dimuktamadkan dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dalam tempoh terdekat.
‘‘Nama jawatankuasa itu belum sah lagi tetapi nama yang dicadangkan oleh UMNO Perak ialah Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) manakala Ketua Kampung sedia ada akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa tersebut dan elaun mereka akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan termasuk elaun mesyuarat.
‘‘Mereka adalah orang yang sama dalam JKKK sekarang, cuma nama yang bertukar dan mereka juga akan memainkan peranan seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 817 bekas Ketua Kampung Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan, bekas Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Shaarani Mohamad dan Pengerusi Felcra, Datuk Nasarudin Hashim.
Menurut Muhammad, setakat ini beliau sudah berjumpa dengan semua ketua kampung di Selangor serta Perak dan mereka semua sebulat suara menyokong BN.
‘‘Setakat ini, kesemua 817 ketua kampung serta 11, 438 ahli JKKK di Perak telah bersetuju untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai mulai 1 Mei ini dan di Selangor, mereka juga menunjukkan pendirian yang sama.
‘‘Mereka ini akan diserap masuk ke jawatankuasa baru itu selepas meletak jawatan dan akan dibayar elaun selepas itu,” katanya.
Katanya, Kerajaan Persekutuan akan terus membayar elaun sebanyak RM400 seperti sebelum ini kepada kesemua Ketua Kampung berkenaan.
No2umno.blogspot.com - Rakyat dipaksa membayar Gaji JKKK ini .... ? Macam macam idea jahat kerajaan. 817 ketua kampung serta 11, 438 menjadi jumlah 12, 255 orang semuanya. Jumlah elaun sebulan, RM4.902 juta sebulan. Dan setahun RM58.824 juta. Itu diPerak sahaja. 2 Ketua kampung di dalam sebuah kampung, sungguh tidak logik dan tidak pernah berlaku? Adakah anda izinkan wang anda digunakan untuk tujuan ini? Wak takkan izinkan walau satu sen pun.

No comments:
Post a Comment