"Lah karam baru nak bertimbo, maksudnya sebuah kapal/perahu yang telah diketahui ianya bocor, tapi tak ada siapa mulai dari nakhoda hingga semua awak kapal/perahu itu mahu mempedulikannya, kerana mereka menganggap itu hanyalah masalah kecil saja. Lebih malang lagi, jika ada sesiapa di kalangan awak kapal/perahu tersebut yang mengatakan bahawa kapal/perahu itu bocor dan akan tenggelam, mereka akan dihumban ke laut. Tapi setelah kapal/perahu tersebut karam/tenggelam barulah semuanya mahu menimba. Ertinya, ini adalah satu kerja yang sia-sia, apa lagi yang mahu ditimba, kerana kapal/perahunya sudah tenggelam.
Walau siapapun yang aka menang dalam pemilihan presiden umno akan datang (sekiranya hura-hura hari ini jadi kenyataan untuk jawatan presiden dicabar), namun ia tidak akan semudah dan selicin itu. Sudah dapat dijangkakan, sesiapa saja yang akan menang dalam pertandingan tersebut, mesti akan menghadapi kerenah yang kalah akan membuat hal dengan pelbagai laporan yang menyalahi peraturan pemilihan dan membawa perkara tersebut ke mahkamah. Kita tentu masih ingat tragedi ’88, gara-gara kumpulan 11 (?), akhirnya umno diharamkan. Dan, perkara ini pasti akan berulang.
Jangan lupa, umno (baru) hari ini sebenarnya adalah bukan lagi umno yang ditubuhkan pada tahun 1946. Secara organisasi, umno (baru) tidak mempunyai kaitan langsung dengan sejarah silam umno. Maka, sentimen mengheboh-hebohkan kehebatan umno (yang telah diharamkan) adalah satu penipuan terhadap sejarah. Namun, adalah amat malang sekali kerana ternyata ‘kita memang mudah lupa’.
MUSTAHIL UMNO (BARU) AKAN PULIH, BAHKAN IA PASTI AKAN BERKUBUR. Penulis mengetengahkan pandangan ini berdasarkan beberapa faktor antara lain seperti berikut :
1 Pendukung/kepimpinan umno (baru) tiada semangat perjuangan tulen.
Sepengetahuan kita, tiada seorangpun di kalangan kepimpinan umno (baru) yang merupakan pejuang tulen untuk agama, bangsa dan negara. Mereka belum pernah diuji dengan pegangannya. Kalau ada kepimpinan umno (baru) yang diuji dalam perjuangannya sdr Zahid Hamidi, yang masuk beberapa hari dalam tahanan ISA tahun 98, kemudian keluar dengan kenyataan di tv bahawa beliau bukanlah penyokong Anwar Ibrahim. Kalau bicara daya tahan barangkali Sdr Ruslan Kasim sahajalah diantara pendukung umno (baru) yang mempunyai daya tahan di penjara. Selain dari yang saya sebutkan di atas (kalau saya lupa, tolong ingatkan), semuanya adalah AYAM BELA NAN MAKAN DI TAPAK TANGAN.
Bandingkan kepimpinan umno (baru) dengan barisan kepimpinan PAKATAN RAKYAT (PR). Kebanyakan kepimpinan PR adalah PEJUANG TULEN YANG TIDAK PERNAH TERGODA DENGAN HABUAN DUNIA. Saya merasa, jika Lim Kit Siang, Karpal Sing, Lim Guan Eng dan lain-lain lagi dari DAP mencintai dunia melebihi keyakinan perjuangan mereka sudah lama mereka memilih MCA/Gerakan, lalu boleh hidup senang lenang. Begitulah juga dengan PKR, Anwar Ibrahim, jika beliau memperjuangkan kepentingan diri, kenapa mesti melawan Tun Dr Mahathir, terima saja tawaran menjadi Presiden Petronas keh atau lain-lain jawatan, tak payahlah nak masuk penjara. Ingatlah, tahun 76 beliaupun pernah masuk Kemunting kerana perjuangannya membela rakyat miskin yang dikenali sebagai kebuluran di Baling. Anda jangan bicara lagi tentang Dr Syed Husin Ali dan rakan mereka ex PRM yang kini berada dalam PKR, mereka ini semua tidak pernah memikirkan kesenangan peribadi. Dalam saf kepimpinan PAS tak kurang hebatnya kekentalan perjuangan mereka dalam mengahadapi pelbagai tekanan dan kesusahan yang dari masa ke semasa dilakukan oleh umno (baru) dan kerabatnya dalam bn.
Berasaskan perbandingan KUALITI KEPIMPINAN seperti di atas, sudah pasti kita akan memperolehi kesimpulan, bahawa kepimpinan umno (baru) tidak pernah diuji dengan tekanan, penderitaan apalagi sehingga masuk Kemunting. KEPIMPINAN UMNO (BARU)/BN IBARAT KEROPOK, SEDIKIT KENA ANGIN IA AKAN LOMAU (LEMAU).
Dapatkah anda bayangkan, sekiranya ditakdirkan Dato’ Seri Najib (DSN) berada dalam kem Kemunting ?, tahukah anda DSN ini dilahirkan di atas tilam sutera dan makannya bersudu emas ? Jangan cakap tentang penderitaan, digigit nyamuk saja beliau tidak pernah. Sama dengan beliau, Dato’ Seri Hishamuddin, tak payah nak masuk Kemunting deh, masukan beliau dalam sawah yang banyak lintah, mesti beliau akan terpekik terlolong-lolong minta ampun minta tobat. Begitulah juga dengan yang lain-lainnya.

No comments:
Post a Comment